GLUTEN-FREE APAM LENGGANG LEMAK MANIS THERMOMIX

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi! Dalam kekalutan siapkan file, sempat buat Apam Lenggang ni untuk mak ayah tercinta. Senang sangat buat dengan Thermomix, kurang perkakas dapur yang perlu dibasuh. Timbang, blend semua dengan Thermomix. Rasanya memang sedappp , alhamdulillah😋

Resepi Gluten-free Apam Lenggang Lemak Manis Thermomix
Kredit: Puan @azlina_cute

2 cawan Tepung Beras
1-2 tbsp Organic Yeast
6 tbsp ORCS (tweaked)
3/4 cawan Air Suam
Sedikit Garam

  • Satukan semua bahan-bahan di dalam mixing bowl. Mix | 15 secs | speed 4.
  • Scrape down tepung-tepung yang tidak sebati dan rehatkan adunan
  • Set timer: 30mins, rehatkan adunan
  • Selepas 30mins, tambahkan;

Sebiji Telur
1/2 cawan Santan pekat

  • Satukan telur dan santan | 10sec | speed 4
  • Panaskan kuali yang telah dioles dengan minyak
  • Tuangkan 1 senduk adunan dan lenggangkan kuali
  • Tutupkan kuali dengan tudung periuk dalam 3mins
  • Siap dan boleh gulungkan. Sesuai dimakan dengan kuah lemak manis, sambal bilis (up to your preference)

📝 Notes:

  • Selepas masukkan telur dan santan, afiqah bairkan adunan sekejap dalam 15mins
  • Afiqah guna pan, masak atas induction cooker, jadi tak dapat lenggang, kalau tak cantik lagi texture nya
  • Boleh senduk adunan dan bentukkan bulat kalau tak dapat lenggang. Cuma bentukkan akan jadi macam pancake 🥹

Selamat mencuba! 😉

Berminat dengan Thermomix, boleh contact afiqah okies 😊

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments