Gluten-free Badak Berendam Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi! So, harini afiqah nak share resepi Badak Berendam. Yang syoknya sebab Gluten-free! Alhamdulillah, memang sedappp.

Resepi Badak Berendam Thermomix

(A) Inti Kelapa Manis
Cookidoo: Inti Kelapa Manis

Bahan-bahan:
100g Gula Melaka
20g ORCS/ Gula Perang
50g Air
150g Kelapa Putih Parut
1tbsp Tepung Jagung
Secubit Garam

  1. Masukkan Gula Melaka, ORCS dan air. Cairkan | 5mins | 120’C | spoon speed
  2. Tambah Kelapa Parut, Garam dan Tepung Jagung. Masak | 5mins | 120’C | speed 1
  3. Siap untuk dijadikan inti Badak Berendam

(B) Kuah Santan

Bahan-bahan:
200g Santan Pekat
200g Air
6tbsp Tepung Beras
1/2tsp Garam

Masukkan kesemua bahan ke dalam mixing bowl. Masak 15mins | 100’C | speed 3

(C) Doh Badak Berendam
Kredit: @sherdaily

Bahan-bahan:
150g Tepung Pulut
30g Tepung Beras
1/2tsp Garam
140g Air Pati Pandan (afiqah guna air biasa)

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mixing bowl. On Dough Mode | 30secs.
  2. Scrape down tepung di bahagian tepi mixing bowl. Uli lagi 2 minit.
  3. Keluarkan adunan dan bentukkan bebola. Leperkan doh, masukkan inti kelapa manis dan tutup kemas doh.
  4. Boleh rebus doh dalam periuk yang berisi air panas sehingga masak – doh akan timbul dipermukaan. Angkat doh dan toskan air.
  5. Siap untuk dihidang bersama kuah santan 😊

Tips:

  • Boleh minyakkan tangan bagi memudahkan proses membentukkan doh
  • Boleh tambah pewarna (afiqah kurang gemar.
  • Doh Badak Berendam tu tak boleh dibiarkan lama terdedah di luar sebab mudah kering dan doh akan jadi rapuh – mudah terlerai.

Selamat mencuba! 😉

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments