LOMPANG PANDAN THERMOMIX

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi! So, harini afiqah nak share resepi simple & senang buat – Lompang Pandan.

Cuma resepi ni tak ikut teknik macam mak-mak kita kat kampung selalu buat – masak air gula dulu. Sebenarnya, teknik ni untuk elak Lompang tu jadi berair bila lama dibiarkan di luar.

Sebab afiqah makan berdua je Lompang Pandan ni dan sekali buat pun dapat tak banyak dalam 16pcs, so afiqah saja try buat resepi baru ni tanpa masak air gula. Resepi ni juga tak guna Tepung ubi, tapi guna Tepung Jagung.

Saja suka explore resepi baru. Hehe sebab apa?

Sebab bolehhh dikk 😂🤣

Resepi Lompang Pandan Thermomix
Kredit: YT Aimeris Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan Air Pandan
1 1/2 cawan Tepung Beras
2 tbsp Tepung Jagung
1/2 cawan ORCS/Gula
1 tbsp Air Kapur
Sedikit Garam

• Steps:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mixing bowl. Mix | 10 secs | speed 4. Ketepikan adunan. Bilas mixing bowl.
  2. Masukkan 1000g air ke dalam mixing bowl. On kettle mode. Bila dah mendidih, letakkan acuan yang dioles minyak.
  3. Kukus acuan kejap dalam 5minit. Kukus | 25mins | Varoma | speed 1.5. Selepas 5 minit, tuangkan adunan. Sambung kukus sehingga Lompang Pandan masak.
  4. Siap untuk dihidang! Lebih sedap dimakan bersama Kelapa Parut kukus 😋

Selamat mencuba! 😉

📝 Notes:

  • Masa panas memang agak berair dan lembut, bila dah sejuk, elok je kejadian Lompang Pandan ni.
  • Satu adunan dapat dalam 16pcs Lompang Pandan
0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments