Macam mana nak dapatkan Thermomix Cutter?

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi! So, ramai yang tanya afiqah, macam mana nak dapatkan Thermomix Cutter yang exclusive tu? Cop, sebelum tu, anda semua dah tahu ke Thermomix Cutter tu apa?

Haa, meh afiqah share dengan semua serba sedikit Apa itu Thermomix Cutter?

Thermomix Cutter ni aksesori terbaru dari Thermomix yang membolehkan anda memotong dan menghiris halus sayuran dan buah-buahan dengan 4 jenis potongan. Semestinya menjimatkan masa, tenaga dan yang paling penting lebih banyak menu masakan yang dapat dimasak dan dihasilkan. Thermomix Cutter ni compatible dengan Thermomix Model TM6 & TM5. Bayangkan, anda hanya perlukan lebih kurang 4 ke 5 saat untuk menghiris halus sebiji lobak merah. Menarik kan? Sangat menjimatkan masa didapur!

Untuk makluman, Thermomix Cutter ni belum dijual secara rasmi oleh Thermomix Malaysia. Paling awal pun tak silap afiqah dalam tahun depan.

Jadi, harini afiqah nak kongsi beberapa cara anda boleh dapatkan Thermomix Cutter ni. Basically, ada 4 cara untuk anda dapatkan Thermomix Cutter melalui Thermomix Malaysia.

1. PURCHASE & HOST

Yess, anda boleh dapatkan Thermomix Cutter ini melalui HOST GIFTS terbaru Thermomix iaitu beli Thermomix dan anda berpeluang untuk redeem Thermomix Cutter ini dengan harga RM188 sahaja. (Np: RM688). Terms & conditions applied*

2. JOIN SEBAGAI NEW ADVISOR CERTIFICATION PROGRAM (NACP)

Untuk cara kedua ni, anda yang telah mempunyai Thermomix boleh sertai New Advisor Certification Program dengan yuran seredah RM280. Melalui program tersebut, sekiranya anda menjual 4 biji Thermomix, anda berpeluang untuk redeem Thermomix Cutter pada harga yang sangat istimewa iaitu RM460 sahaja! (Np: RM638)

3. REFER 2 KAWAN ANDA YANG BERJAYA MEMBELI THERMOMIX

Untuk cara ketiga ni, anda yang telah mempunyai Thermomix, boleh refer dua orang yang berjaya membeli Thermomix kepada mana-mana advisor dan redeem Thermomix Cutter sebagai referral gifts dengan hanya RM480 sahaja!

4. BELI DARI ADVISOR YANG MEMILIKI THERMOMIX CUTTER EXTRA

Dan cara yang terakhir, anda boleh terus beli dengan Thermomix Advisor yang ada extra Thermomix Cutter dengan harga RM638. Cuma, pastikan ori baru beli. Jangan beli unauthorized merchandise ya. No compromise on the safety issue.

Dengan perkongsian ini, diharapkan dapat membantu anda yang tercari-cari di mana ingin dapatkan Thermomix Cutter di Malaysia secara sah kerana setakat hari ini, Thermomix Cutter masih belum dijual secara atas talian oleh pengedar rasmi Thermomix – Thermomix Malaysia.

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments