KUIH KERIA GLUTEN-FREE THERMOMIX

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi. Suhayl suka betul kuih muih Tradisional Melayu 😅 Dulu-dulu, selalu juga beli frozen babyfood Keria tu. Tapi mahai sungguh walaupun bite-size comel je ☺️ So, harini afiqah nak share resepi Keria yang paling bestt sebab dia GLUTEN FREE, GUILT FREE 🥰

Resepi Kuih Keria Gluten-Free Thermomix
By: @afiqahaffa

▫️Bahan-bahan:

• 600g Ubi Keledek Oren (2-3 biji)
• 100g Tepung Beras (Brand Jati)
• 40g Tepung Ubi
• Sedikit Garam

• 65g Gula Kelapa/ORCS
• 2 sudu besar Air

▫️Cara-cara:

  1. Masukkan ubi keledek yang telah di potong ke dalam Simmering Basket. Isikan 600g air. Kukus | 15mins | Varoma | speed 1.5
  2. Buang air kukusan & masukkan ubi keledek kukus ke dalam Mixing Bowl. Masukkan tepung beras, tepung ubi & garam.
    Satukan adunan | 20secs | speed 5
  3. Bentukkan adunan yang telah siap di adun tadi. Siap untuk digoreng. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng supaya tak serap minyak.
  4. Untuk salutan gula, panaskan kuali lain, letakkan gula kelapa/orcs dan air. Biarkan sehingga berbuih. Masukkan keria dan gaul rata. Siap untuk dihidang!

📝 Tips: Boleh minyakkan sedikit tangan dan bekas adunan keria supaya mudah di bentuk & memudahkan urusan menggoreng.

p/s: Adunan ni juga boleh buat kuih Cek Mek Molek 🙂

Selamat mencuba! 🙌🏻

Kredit resepi: FB Oyie Zai

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments