Salam & Hi! So, harini afiqah nak share resepi Gulten-free Chocolate Cake menggunakan kaedah steaming/kukus. Untuk yang tengah on Gulten-free diet, boleh lah buat rasa-rasa hilang teringin once in a while. Rasa cake ni memang tak macam typical Gluten Free cake. Sedap, very chocolatey & fluffy. Afiqah compliment kan cake ni dengan Chocolate Sauce, sedappp alhamdulillah
▫️Resepi Gluten-Free Chocolate Cake Thermomix
- Bahan-bahan:
200g Tepung Beras
30g Tepung Jagung
1tsp Sodium Bicarbonate
40g Serbuk Koko (resepi asal 70g)
4 biji Telur
220g Gula Kelapa/ORCS
175g Minyak Sawit
100g Air
Secubit Garam
Sedikit Vanilla extract - Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mixing bowl. Mix | 20secs | speed 5
- Ketepikan adunan dan bilas mixing bowl. Isikan 1000g air ke dalam mixing bowl dan on kettle mode.
- Selepas air mendidih, tuang adunan ke dalam acuan yang telah dioles minyak. Letakkan acuan di atas Varoma Dish & kukus adunan menggunakan Varoma Tray selama 25-30 minit.
- Siap untuk dihidang bersama Chocolate Sauce
▫️Resepi Chocolate Sauce
- Bahan-bahan:
250g Semi Sweet Chocolate Hershey
40g Salted Butter
125g Full Cream Milk - Cara-cara:
- Masukkan chocolate dan butter. Cairkan | 3mins | 60’C | speed 2
- Masukkan susu. Sebatikan | 1min | 60’C | speed 3
- Siap! Boleh tuangkan di atas Chocolate Cake & makan dengan satu scoop ice cream vanilla pun sedapp
Oh ya PROMO DOUBLE BOWL tinggal 1 HARI sahaja lagi. Kalau ada yang berminat untuk dapatkan Thermomix, jom cepat-cepat ambil peluang ni sebab bukan senang company nak bagi redeem Complete Premium Set Mixing Bowl ni as Host Gifts dengan harga tak masuk akal RM66 shj! 🤩
Boleh contact afiqah okayyy, i’m more than happy to assist 😊