Bahulu Beras Gluten Free Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

•Gluten-Free•

Sementara tunggu siapa yang nak jadi PM haritu, sempat lah afiqah buat kudap-kudap ni. Suhayl penggemar bahulu. Haha tradisional betul 😂 Asal kuih Bahulu Beras ni dari Terengganu dibuat menggunakan tepung beras dan gula nise. Tastewise sedap alhamdulillah. Habis dekat Suhayl sorang satu Tupperware tu 😂

Resepi Bahulu Beras Thermomix

• Bahan-bahan:
160g Tepung Beras (sebaiknya disangai)
70g Gula Merah
70g Gula (afiqah guna ORCS)
5biji Telur
Garam secubit
Ekstrak Vanilla (optional)

• Cara-cara:

  1. Panaskan oven bersama acuan Bahulu yang telah dioleskan dengan minyak (180’C)
  2. Pasang Butterfly Whisk
  3. Masukkan gula, telur dan ekstrak vanilla. Whisk | 10mins | 45’C | Speed 4
  4. Masukkan tepung beras & garam. Kacau sebati | 40secs | Speed 2
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Bakar pda suhu 180’C selama 15-20mins bergantung kepada oven masing-masing. (Mode: Api atas bawah)
  6. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba! 😊

Notes:

  • Afiqah takde gula nisan kat rumah, so guna gula merah + orcs (ikut owner resepi ni). Next time nak try guna gula nisan atau orcs shj. Sebab gula merah/jaggery ni dia ada rasa pahit sikit hujunh-hujung tu but sedapp je bahulu ni hehe. Will repeat inshaAllah
0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments