Cornflakes Madu Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi! Harini afiqah nak share resepi Kuih Raya yang super simple & senang sangat nak buat – Cornflakes Madu! 🍯 Memang sedap dan crunchy. Makan ni tak sedar, tahu-tahu habis sebalang 🤣

Cornflakes Madu Thermomix
Kredit: Sarah Saaey

Bahan-bahan:
160g Cornflakes
90g Butter
90g Organic Raw Cane Sugar
1tbsp Madu

Cara-cara:

  1. Masukkan butter, madu & gula ke dalam mixing bowl
    (Melt | 6mins | 90’C | speed 1)
  2. Tambah Cornflakes
    (Mix | 3mins | reversed spoon speed)
  3. Masukkan cornflakes ke dalam paper cup
  4. Bakar pada suhu 160’C (5-6mins) bergantung kepada oven masing-masing.
  5. Sejukkan & siap untuk dimasukkan ke dalam balang kuih raya.

Notes:
• Tak perlu bakar terlalu lama & untuk resepi ni just nice je rasa manis cornflakes tu.
• Boleh tabur bijan, almond nibs, any fancy sprinkles according to your preferences.

Selamat mencuba! 🤗

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments