Salam & Hi! Sedar tak sedar dah 2/3 Ramadan berlalu meninggalkan kita. Moga Allah SWT menerima amalan kita, puasa kita solat kita dan mengabulkan doa-doa kita, amiin.
Kisahnya, afiqah baru nak start buat kuih raya untuk jadikan buah tangan balik kampung. Pejam celik pejam celik, tak sedar langsung minggu depan dah nak raya. Antara kuih raya wajib kami sekeluarga ialah Biskut Mazola Klasik. Sebab my husband & my son ni memang hantu kacang 😅
Jadi, kali ni afiqah nak share Resepi Biskut Mazola Klasik ni. Sangat senang dan bahan-bahan pun tak banyak. Biskut Mazola ni tekstur dia melt in mouth ya. Manis-manis masin lemak kekacang tu, memang umph!
Resepi Mazola Klasik
By: @afiqahaffa
Bahan-bahan:
500g Tepung Gandum
250g Kacang Tanah (afiqah beli Peanut Chunk dekat bakery shop)
250g Minyak Jagung (Brand Mazola)
1/2 tbsp Sodium Bicarbonate
145g Gula
Secubit Garam
Cara-cara:
- Kisar Gula | 2secs | Turbo mode | 2x
- Masukkan Tepung Gandum & Sodium Bicarbonate. Ayak | 2secs | Turbo mode | 2x. Ketepikan ke dalam bekas lain.
- Kisar halis Kacang Tanah | 15secs | speed 10
- Masukkan tepung, garam dan separuh dari minyak Mazola (125g). Adun 20secs | speed 5
- Buka measuring cup. Setkan 30secs | speed 5. Tuang baki minyak sedikit demi sedikit sehingga mendapt texture doh Mazola yang mudah dibentuk dan tidak terlalu berminyak. Boleh gunakan spatula untuk bantu adun adunan. ⚠️ Note: Tak perlu habiskan kesemua baki minyak Mazola.
- Bentukkan Biskut Mazola mengikut kreativiti.
- Oleskan permukaan doh dengan kuning telur. Boleh tambahkan pewarna kuning jika mahu.
- Bakar pada suhu 170’C selama 25mins. Suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing. (Panaskan oven 10mins sebelum membakar biskut)
Selamat mencuba! 😉