Salam & Hi!
Masa morning walk dengan Suhayl baru-baru ni dah janji nak beli apam, tapi apam habis. Since Suhayl ni peminat setia apam, ummi buatkan Apam Nasi Gebu & sedapp ni kebetulan ada leftover nasi.
Bahan-bahan:
1 cawan Nasi
1 1/2 cawan Air
2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepun Gandum
1/2 cawan Gula (tak manis sangat, boleh tambah kalau rasa nak manis lagi)
3 tsp Yis
2 tsp Minyak Masak
Secubit Garam
Cara-cara:
- Blend nasi dan air | 50secs | speed 10
- Masukkan baki bahan-bahan yang lain. Mix | 30secs | speed 5
- Kemudian perap adunan selama 1/2 jam (sehingga adunan naik)
- Kacau semula adunan dan tambahkan pewarna jika mahu
- Tuang ke dalam acuan yang telah dioles minyak
- Kukus apam selama 20mins | Varoma | speed 1.5
- Siap untuk dihidang bersama kelapa parut putih + secubit garam
Notes:
• Yield 20pcs Apam Nasi – afiqah guna acuan Puteri Ayu
• Panaskan Varoma Tray terlebih dahulu. Isikan 1L air – 10 mins | Varoma | speed 1.5
• Boleh gandakan adunan
• Boleh kukuskan sekali kelapa parut
• Lagi lama adunan diperap, lagi gebu apam
Selamat mencuba! 😉