Kebab Ayam Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam 9 Ramadan! Sedar tak sedar, sekejap je dah nak berlalu 1/3 Ramadan kan 🥲 Semoga Allah SWT menerima puasa & semua amalan kita, amiin 🤲🏻

So, berbalik kepada menu kita, since weekend = cheat day dan kebetulan lama dah tak makan kebab, we agreed to make Homemade Kebab Ayam. Resepi roti pita ni pun 3 mins je uli, alhamdulillah. Bakar dalam 5 mins. Memang jimat berbaloi-baloi. Boleh makan daripada berbuka – moreh – sahur.

Resepi Inti Kebab Ayam 🥙
By: @syahr_j

Bahan-bahan:
Isi Ayam
Garam
Black pepper
Bawang putih kisar
Mushroom seasoning
Olive oil

• Bahan-bahan semua agak-agak ikut fatwa hati hehe. Lepastu, boleh marinate dalam chiller untuk beberapa jam.

Cara-cara:
Sauté isi ayam perap tadi dengan bawang besar atau bawang Holland. Bila ayam dah masak, gaulkan dengan sos cili, mayonnaise & timun (dipotong dadu). Siap untuk dihidang bersama roti pita. Feel free to add on any veggies and sauces that you like.

Selamat mencuba! 😉

Resepi Roti Pita Cookidoo: https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r91285

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments