Pajeri Nenas Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi!

Pajeri Nenas ni sedap kalau makan dengan ikan goreng & nasi panas kan especially masa berbuka. Lagi pekat kuah tu lagi sedap. Gambar afiqah ni a bit cair sikit, tapi bila dah pekatkan memang sedap, alhamdulillah😋

Mula-mula risau nak pekatkan guna highest temperature – Varoma sebab ada guna santan. Tapi actually tak effect texture santan tu pun sebab guna santan tu sikit je bagi rasa lemak-lemak gitu (orang utara kan🤣). Taknak letak santan pun boleh.

So, afiqah share resepi & steps dekat sini juga as my reference.

Resepi Pajeri Nenas Simple

Bahan A:
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
2 kuntum Bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
40g Minyak Masak
1 tangkai Daun Kari

Bahan B:
1 pek kecil Rempah Kari Daging
40g Minyak Masak
1/2 cawan Air

Bahan C:
2 tbsp Kerisik
2 tbsp Gula/ORCS
1tsp Garam
Sedikit Santan (optional)

Bahan D:
Buah Nenas

Steps:

  1. Blend bawang merah, bawang putih & halia. Blend | 10secs | speed 6 |
  2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, daun kari & minyak masak. Tumis | 5mins | 120’C | speed 1 |
  3. Masukkan Bahan B kecuali air. Tumis | 6mins | 120’C | speed 1 |
  4. Masukkan 1/2 cawan air, tumis sampai rempah betul-betul masak. Tumis | 6mins | 120’C | speed 1 |
  5. Masukkan Bahan C. Masak | 5mins | 98’C | speed 1 |
  6. Masukkan Bahan D. Masak | 10mins | Varoma | spoon speed | reversed |
  7. Siap untuk dihidang!

Notes:
• Boleh masukkan udang kering atau gantikan dengan ikan bilis (kisar dekat step 1)
• Boleh guna gula merah/gula melaka untuk warna kuah pajeri yang lebih cantik
• Kepekatan kuah boleh adjust to your tatse
• Tips untuk pekatkan kuah | 10mins | Varoma | spoon speed | reversed

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments