Roti John Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi! Sempena bulan Ramadan ni, tak sah kan kalau tak ada Roti John sebagai menu berbuka dalam sebulan. Roti John ni boleh dikatakan menu berbuka kegemaran ramai. Memang sedapp lagi-lagi lajak makan sampai ke moreh.

Jadi, harini afiqah nak share Resepi Roti John mudah dengan Thermomix. Semua bahan-bahan dari Roti sampai ke penyediaan inti afiqah buat guna Thermomix, alhamdulillah.

Jom kita start!

Inti Daging Roti John

Resepi Inti Roti John
By: @syahr_j

Bahan-bahan:
350g Daging Kisar
1 biji Bawang Besar/Holland
1tsp Serbuk Kari Daging
1tsp Serbuk Paprika
1tsp Serbuk Cili
20g Minyak
Mushroom Seasoning
White Pepper Powder
Garam

Cara-cara:

  1. Kisar daging > Cookidoo: Ground Meat
  2. Masukkan minyak & bawang besar (cincang). Tumis | 4minit | 120’C | speed 1
  3. Masukkan serbuk kari, serbuk paprika & serbuk cili. Perasakan dengan Mushroom seasoning, White pepper & garam. Masak | 2 minit | 120’C | speed 1
  4. Siap untuk dijadikan inti Roti John. Boleh campurkan inti daging dengan telur, daun bawang & garam
  5. Tuangkan adunan telur + daging tadi ke dalam pan & tekapkan roti yang telah disapu butter/margarine
  6. Bila Roti John dah masak, boleh angkat dan letak sayur pilihan (timun, salad, kobis) & sauces (sos cili, mayo, thousand island) – according to your preference*
  7. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba! 😉

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments