Sambal Sardin Simple Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi!

Sebab sedap pula resepi ni masak untuk sahur makan dengan nasi panas, afiqah nak post kat sini as my note. Senang nak refer. So far, setelah cuba benerapa resepi, rasanya ni resepi yang palinggg sedappp & simplee. Haha kuah banjir tu trademark. 3 simple step je masak Sambal Sardin dengan Thermomix ni.

Resepi Sambal Sardin Simple Kuah Banjir 🌊

Bahan-bahan:
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
3 biji Cili Padi
1 tbsp Cili Kisar/Boh
1 biji Tomato (potong 4)
1 biji Kentang (potong nipis)
1 tin Sardin
1 tbsp Air Limau Nipis
50g Minyak Masak
3 tin air (ikut preference)
Garam

Steps:

  1. Blend bawang besar, bawang putih, sebiji cili padi. Blend | 10secs | speed 7
  2. Tambahkan minyak masak dan cili kisar. Tumis | 4mins | 120’C | speed 1
  3. Pasang Blade Cover. Masukkan sardin, tomato, kentang, air limau nipis, cili padi, air dan garam.
    Masak | 8mins | Varoma | spoon speed

Siap untuk dihidang bersama Telur Dadar Air Fryer.

**Pedas & kuah boleh adjust ikut preference

🍳Resepi Telur Dadar Air Fryer

Bahan-bahan:
2 biji Telur
1tsp Tepung Jagung
Sedikit Mushroom seasoning

Steps:

  1. Panaskan loyang dengan minyak dalam air fryer (2mins | 160’C)
  2. Kocok telur dan bahan-bahan. Tuang ke dalam loyang. Masak (4-5mins | 160’C)
  3. Boleh terbalikkan telur dan sambung masak lagi dalam 2mins (optional)

Siap! Selamat bersahur & selamat mencuba! 😉

5 1 vote
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments