Thai Fish Curry Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Assalamualaikum & Hi

Jadi, harini afiqah decide nak cuba satu lagi resepi baru yang ada dalam Cookidoo®, Thai Fish Curry.

Bila dah 2 kali masak resepi Thai ni, afiqah perasan yang Thai food ni banyak bermain dengan rasa umami, masam-masam-manis. Bahan-bahannya pun mudah. Cuma afiqah ada tak ikut resepi sebab guna je bahan yang ada kat dapur janji hasilnya sedap. Cuma kalau ada daun ketumbar lagi bertambah-tambah sedap!

Bahan-bahan Thai Fish Curry (yang afiqah guna):

  • 3 biji Cili Api Hijau
  • 4 – 8 Cili Kering (atau 2 sudu besar Cili Boh)
  • ½ labu Bawang Putih
  • 1 batang Serai
  • 4 helai Daun Limau Purut
  • 700ml Air
  • 90ml Sos Ikan Cap Ketereh
  • 3 ketul Isi Ikan Merah
  • 28g Gula Molases
  • 400ml Santan

Langkah-langkah:

  1. Blend semua bahan kering dengan sedikit air, tumiskan
  2. Masukkan bahan cecair (sos ikan, air dan santan)
  3. Masukkan ikan, biar mendidih sehingga ikan masak
  4. Siap untuk dihidang

Selamat Mencuba!

Untuk Thermomix® users, boleh tekan link ni 🙂

Link Resepi Thai Fish Curry: https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r166716

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ita
ita
1 year ago

boleh saya tahu berapa masa & kepanasan yang digunakan utk biarkan ikan masak hingga mendidih

ddadmin
Admin
ddadmin
1 year ago
Reply to  ita

Boleh Puan. Untuk resepi ni, cadangan Cookidoo masak dengan cara steam ikan menggunakan Varoma Tray (15mins|Varoma|Speed 2). Tapi saya terus masukkan dalam Mixing Bowl (5mins|100’C|reversed blade|Speed 1) 😊