English Breakfast Popover Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Assalamualaikum & Hi 🙂

Harini afiqah scroll group Thermomix® dekat Facebook untuk cari ilham menu breakfast dan terjumpa satu resepi menarik sesuai untuk seisi keluarga, Full English Breakfast Popover. Resepi ni best sebab bahan-bahan pun simple dan sangat mudah nak buat. Just blend and bake! Plus point, toddler-friendly menu 🙂

Bahan-bahan:

Adunan:

  • 2 biji Telur
  • 1 cubit Garam
  • 1 cubit Lada Hitam
  • 150g Tepung Gandum
  • 400ml Susu (afiqah guna Susu Full Cream)

Topping:

  • 1 biji Tomato – potong dadu
  • Ayam/Sosej etc protein yang ada
  • Mozarella cheese

Langkah-langkah:

  1. Panaskan oven dan non-stick muffin tray (dioleskan minyak) pada suhu 230’C
  2. Blend adunan tadi
  3. Tuangkan adunan dalam tray muffin yang telah dipanaskan
  4. Tambahkan topping ikut citarasa anda
  5. Bakar pada suhu 230’C dalam masa 20 minit (sehingga masak)
  6. Siap untuk dihidang

Selamat Mencuba!

Untuk Thermomix® users, boleh tekan link ni 🙂

Link Resepi Full English Breakfast Popover: https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r97708

5 1 vote
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments