Ayam Kapitan Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Assalamualaikum & Hi 🙂

Okay harini afiqah nak share resepi Ayam Kapitan yang afiqah buat untuk lunch tadi. Alhamdulillah, first time buat dan sedap! Resepi ni boleh search je dalam Cookidoo® tau dan follow je guided-cooking dekat screen TM6. Cookidoo® akan assist step-by-step. Memang mudah walaupun pertama kali masak.

Menariknya, Cookidoo® dah siapkan senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk setiap menu masakan. Jadi, kita boleh prepare awal dan kita boleh plan sesiap menu mingguan sebab Cookidoo® ada feature Kalender Menu. Best kan?

Baru-baru ni ada yang cakap dengan afiqah, “Lah ingat boleh terus siap, ni kita kena sedia bahan semua, baik masak atas dapur je”

Betul lah tu, masak kat mana-mana atas dunia ni pun, semua kita yang kena prepare bahan-bahan haha kecuali kalau kita dah dekat syurga nanti :’) Haa baru niat nak makan apa, dah siap depan mata. Allahu, indahnya nikmat syurga Allah S.W.T kan?

Secara umumnya, TM6 ni adalah alat bantu dapur yang mudahkan banyak urusan terutama ibu-ibu dan wanita bekerjaya. Bayangkan, kupas bawang pun boleh minta bantuan TM6. Bahkan bukan tu je, siap boleh campak-campak terus sebab TM6 dah ambil alih fungsi blander dan dapur masak anda 🙂 Tak perlu kacau & jaga api pun, masyaAllah TabarakaAllah, boleh multi-tasking dengan tenang sambil memasak tak risau masakan hangus 🙂

Link Resepi Ayam Kapitan: https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r363818

5 1 vote
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Md J
Md J
2 years ago

Menarik. Boleh cuba!