Thermomix® Malaysia Kini Diuruskan Oleh Vorwerk Malaysia: Perjalanan Baru Afiqah Bersama Thermorangers

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Baru-baru ini, Thermomix® Malaysia telah memasuki fasa baru apabila pengurusan Thermomix telah bertukar daripada syarikat wakil pengedar Thermomix yang sah, Truemix Sdn Bhd kepada Vorwerk Malaysia, iaitu syarikat induk Thermomix® global. Langkah ini adalah satu perkembangan positif yang membuka peluang lebih besar untuk kami sebagai advisor serta untuk anda, pengguna setia Thermomix®.

Ahad lepas, Thermorangers telah berpeluang menyertai Majlis Meet & Greet bersama pengurusan baru Vorwerk Malaysia. Majlis ini berlangsung meriah di Confetti Event Hall di mana lebih 100 orang advisor Thermorangers hadir dari seluruh Malaysia.

Kami di Thermorangers amat terinspirasi dengan semangat baru ini dan yakin ia akan memberikan impak yang lebih besar kepada perjalanan kami bersama Thermomix® Malaysia.

Terima kasih kepada semua advisor yang telah hadir ke majlis ini! Momentum dan semangat semua memang luar biasa! Sama-sama kita bawa Thermomix® ke tahap yang lebih tinggi di Malaysia 🤗

It’s inspiring to see how the Thermomix doesn’t just transform kitchens — it brings people closer together 🙂

#ThermomixMalaysia #VorwerkMalaysia #Thermorangers #AdvisorPilihanAnda #TakkanPernahJadiTukun

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments