Peanut Butter Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi!

Afiq Suhayl ni peminat setia Peanut Butter ummi. Hari-hari makan Roti dengan Peanut Butter pun takpa 😅 Kalau orang tanya berapa lama boleh tahan Peanut Butter ni, memang tak tahan lama jawapannya. Seminggu je licin sebalang Peanut Butter 😂🥜

Bila dapat buat Peanut Butter sendiri ni, rasa bersyukur sangat alhamdulillah. Sebabnya kita tahu bahan-bahan yang kita guna dan dapat jimatkan kos juga.

Kacang tanah ni harga baru dalam RM6/500g. Kita guna untuk resepi ni 400g je dan dapat dalam sebalang penuh (0.5L) Peanut Butter. Bahan-bahan lain macam butter, minyak masak, garam dan gula tu guna sikit je. Pula tu bahan-bahan memang yang dah ada di rumah kan, mudah.

Dengan Thermomix, Peanut Butter smooth ni siap kurang 5minit, alhamdulillah. Memang best sangat guna Thermomix ni. Dapat buat almost everything from scratch dengan guided cooking feature yang disediakan. Kiranya kita tinggal tekan ‘Next’ > ‘Next’ je. Tahu-tahu siap, alhamdulillah 🙂

Btw, resepi Peanut Butter ni afiqah dah tweak sampai kena dengan citarasa our little family. Wajib try tau! Hehe

Selamat mencuba!

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments