Apam Kampung Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

Salam & Hi! Cerita pasal apam ni, Suhayl anak bujang afiqah ni memang hantu apam ye selain hantu peanut butter. Suhayl boleh makan apam all day long 😅

So, harini kebetulan ummi terlebih rajin, buatkan Suhayl Apam Kampung fav Suhayl ni. Sekejap je buatnya. Bahan-bahan pun mudah dan simple.

Lebihan Apam ni, boleh frozen kan. Bila nak makan, just kukus je semula.

So, jom kita start.

RESEPI APAM KAMPUNG THERMOMIX
By: afiqahaffa

Bahan A:
1 Cawan Gula Merah (Cap Bintang)
3/4 Cawan ORCS/Gula
1 Cawan Air Panas

• Satukan Bahan A sehingga larut & ketepikan

Bahan B:
3 Cawan Tepung Gandum
3 tsp Instant Yis
1 Cawan Air
Secubit Garam

• Satukan semua Bahan B & Bahan A ke dalam Mixing Bowl
• Adun | 20secs | speed 5
• Tuang ke dalam bekas lain & perap sehingga adunan naik sekali ganda
• Sementara tu, boleh panaskan Varoma Tray. Isikan 1L Air ke dalam mixing Bowl. Kukus | 10mins | Varoma | Speed 1.5
• Oleskan loyang 6inch dengan minyak, tuang adunan & boleh terus kukus. Jangan hentak loyang. Kukus | 15mins | Varoma | Speed 1.5
• Siap untuk dihidang bersama Kelapa Parut Kukus dan secubit garam.

Nota:

  • Lebihan Apam yang telah siap kukus & disejukkan, boleh di frozenkan
  • Panas kan semula Apam frozen tanpa perlu defrost. Isikan 1L Air ke dalam Mixing Bowl. Kukus | 20mins | Varoma | Speed 1.5

Selamat Mencuba! 🤗

Video Cara Buat Apam Kampung Thermomix: https://www.instagram.com/reel/Ce0DL3xJBey/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

P/s: Jika berminat dengan Thermomix, boleh contact afiqah. I’m more than happy to assist 😊

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments