Gulai Lemak Siput Sedut Thermomix

“Citarasa dunia kini di dapur anda”

GULAI LEMAK SIPUT SEDUT

Alhamdulillah, first time beli Siput Sedut hidup. Survey-survey resepi & decide nak cuba resepi ni. Serius sedap, alhamdulillah. Lagi pekat kuah, lagi sedapp 😋

Gulai Lemak Siput Sedut Kelantan
Kredit: Puan Nora Azni

Bahan A:
• 3 ulas Bawang Putih*
• 3 ulas Bawang Merah*
• 10 biji Cili Padi*
• 1 inci Kunyit Hidup*
• 2 batang Serai (dititik)
(*Bahan Kisar)

Bahan B:
• 500g Siput Sedut
• 200g Santan (+ 1 cawan air)
• 120g Air
• 2 keping Asam Keping
• Daun Kesum
• Gula & Garam secukup rasa

Cara Thermomix:

  1. Blend bahan A kecuali serai (15secs| speed 8 )
  2. Masukkan serai, 120g air & masak (5mins | 120’C | speed 1)
  3. Masukkan kesemua bahan B & masak (15mins | 98’C | speed spoon | reversed)
  4. Siap untuk dihidang!

Cara Biasa:

  1. Kisar bahan A bersama sedikit air
  2. Renehkan Bahan A + serai
  3. Tambahkan asam keping & siput sedut. Kacau sebati
  4. Masukkan santan, garam, gula & daun kesum. Masak sehingga mendidih.
  5. Siap untuk dihidang!

TIPS:
Potong belakang siput sedut & rendam dalam air. Afiqah letak cili padi, asam keping & garam. Pastikan tutup bekas takut siput lari 😂 Biarkan dalam 30-45mins. Bilas bersih-bersih & boleh digunakan.

Selamat mencuba!

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments